Saturday, 16 March 2013

cara menyediakan sarapan.

Sarapan Empingan Jagung.

Bahan: 1 Cawan emping jagung, 1 cawan susu.


Cara membuat:

1. Mula-mula tuangkan satu cawan empingan jagung ke dalam mangkuk.
2. Kemudian, masukkan pula satu cawan susu ke dalam mangkuk.
3. Selepas itu, hidangkan empingan jagung.
4. Sekarang, empingan jagung sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba.

Aktiviti : Murid mendengar arahan tentang cara menyediakan sarapan.
             Guru menyedikan bahan dan murid membuat sarapan.

Thursday, 14 March 2013

Mengenal huruf besar.

Mengenal kata nama khas.

Pak cik Huda Encik Johan.
Mak cik Huda Puan Hawa.
Mereka datang dari Ipoh.
Hana sepupu Huda datang juga.
Mereka naik kereta Proton Saga.

Aktiviti. :

1) Mengenal dan menulis menggunakan huruf besar di tempat yang betul.

Wednesday, 13 March 2013

sayang ayah. :)

Mari kita menyanyi bersama-sama.

Kereta kecil.

Ayahku balik dari kota,
Ayahku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Boleh kupandu ke sekolah.

Pon pon pon pon pon,
Pon pon pon pon,
Kereta kecilku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Bolehku bawa jumpa nenek.




Aktivitinya:

1). Cari perkataan suku kata tertutup berdasarkan lagu di atas.
2) murid menyanyi bersama-sama rakan.

Monday, 11 March 2013

Mari Menjaga Kebersihan Kelas.

Unit 8 : Kelas Ceria

Mari Menjaga Kebersihan Kelas.

Apa yang sepatutnya kita lakukan di dalam kelas.
Apa tugas kita.
Tugas saya ialah 
kemas kelas, 
susun kerusi, 
susun meja,
sapu sampah, 
lap tingkap,
hias kelas,
buang sampah,
tampal gambar,
Jadilah kelas saya bersih.



Aktiviti : Murid mengenal alat yang digunakan untuk membersihkan kelas.
             Murid melakukan aktiviti membersihkan kelas.
             Murid membina ayat dari rangkai kata yang diberi.