Thursday 18 April 2013

Mari membaca dan lakonkan

Berkelah di air terjun.

Ibu sedang sibuk menyediakan bekalan makanan untuk kami pergi berkelah.

Anas : Wah, banyaknya makanan yang ibu sediakan! Tentu lazat.

Ibu : Ya, Anas. Tolong ibu masukkan makanan ini ke dalam bakul.

Anas : Baiklah, ibu.

(Anas memasukkan makanan ke dalam bakul.)

Kakak : Kita hendak berkelah di mana, ayah?

Ayah : Kita akan berkelah di kawasan air terjun.

Ibu : Udara di sana segar dan nyaman.  Ada kawasan air yang cetek sesuai untuk kamu berdua mandi.

Kakak : Barang-barang yang hendak di bawa sudah kamu siapkan?

Anas : Sudah, kakak. Pakaian mandi dan pelampung sudah saya masukkan ke dalam kereta.

Ayah : Mari kita bertolak sekarang.















Aktiviti : Mencatat kosa kata baharu yang terdapat dalam dialog di atas.
             Membimbing murid mencari makna perkataan yang terdapat dalam petikan.
             Murid membina ayat berdasarkan perkataan yang disenaraikan.

Mari dengar dan ceritakan.

Kolam ikan keli datuk.

Semasa cuti sekolah, saya pulang ke kampung datuk.  Datuk saya tinggal di Jasin, Melaka.

        Datuk saya menternak ikan keli.  Datuk ada tujuh buah kolam.  Kolam ikannya terletak di belakang rumah.

        Setiap pagi, saya mengikut datuk ke kolam ikan.  Saya memberikan makanan kepada ikan.  Saya juga membantu datuk membersihkan kolam ikan.  Setiap hari, datuk menangkap ikan-ikan kelinya.  Kemudian, saya membantu datuk menjual ikan di pasar tani.

        Banyak orang membeli ikan keli datuk  Saya sangat gembira kerana dapat membantu datuk.  Di rumah, nenek saya membakar ikan keli.  Ikan keli bakar ini sungguh sedap rasanya.




Aktiviti : Bercerita dengan ayat tunggal.  Murid bercerita tentang pengalaman masa cuti mereka.

Sunday 14 April 2013

Didik hibur mari menyanyi.

Pesan Ibu

Ayun-ayun tangan,                                                                                  
Sambil pegang bahu,
Waktu pergi taman,
Ingat pesan ibu.

Ayun-ayun tangan,
Jalan hentak kaki,
Waktu pergi taman,
Mesti hati-hati.

Ayun-ayun tangan,
Pusing kanan kiri,
Waktu pergi taman,
Pandai jaga diri.



Aktiviti : Menyanyi mengikut irama anak itik tok wi.

Perbincangan : Apa pesan ibu ?

Kata hubung.


Mari membaca.

        Ketika pulang dari sekolah, Anas menegur Huda.  Anas bertanya sama ada Huda pulang dengan menaiki bas atau berjalan kaki.  Huda memberitahu Anas bahawa dia pulang berjalan kaki.  

        Biasanya, Huda pulang bersama-sama Ravin dan Devi tetapi hari ini Huda pulang seorang diri.  Ravin dan Devi pulang lewat kerana ada latihan koir.  

        Huda sentiasa ingat aka pesan ibunya.  Ibu meminta Huda berhati-hati semasa berjalan pulang.















Aktiviti : Membina ayat dengan kata hubung yang diberi.


Kata kerja


Mari membaca ternakan ayam kampung.

        Datuk menternak ayam kampung.  Ayam-ayam datuk semakim membiak.  Datuk membina reban untuk ayam-ayamnya.  Pada waktu malam, ayam-ayam datuk akan tidur di dalam reban.  Pada waktu siang pula, ayam-ayam ini dilepaskan bebas.  

        Datuk memberi ayam-ayamnya makanan.  Ayam-ayam ini makan dedak, nasi dan hampas kelapa.  Selain itu, ayam-ayam ini juga mencari makanan sendiri seperti ulat, belalang dan cacing.

        Datuk menjual ayam-ayamnya di pasar tani.  Banyak orang membeli ayam kampung ini kerana dagingnya enak dan berkhasiat.

















Aktiviti : Membina ayat berdasarkan kata kerja.

Mari bercerita buah buahan tempatan

Mengenal penjodoh bilangan.


seikat buah rambutan.










sebiji buah manggis.









seulas buah durian.








segugus anggur.









setandan pisang.







Aktiviti : bina ayat berdasarkan gambar yang diberi.

Mari membina ayat.

Mengenal kelebihan buah pisang.

goreng pisang.








Jemput pisang.








lepat pisang.










pengat pisang.








kek pisang.






kerepek pisang.



Aktiviti : Membina ayat dan bercerita.