Daun padi daun sawi,
Anas menjadi rakan Tawi.
Daun ketapang daun pakis,
Waktu lapang Tawi melukis.
Daun mangga daun duku,
Anas pula membaca buku.
Daun langsat daun kasturi,
Anas melihat senyum sendiri.
Daun jambu daun lalang,
Suka membantu ringan tulang.
Aktiviti : Membaca perkataan berimbuhan awalan.
Membina ayat berdasar kata awalan yang diberi.
No comments:
Post a Comment