Sunday, 14 April 2013

Kebun Datuk Anas

Mari bercerita.

Ini kebun sayur datuk Anas.
Datuk Anas, Pak Amin, sedang membuat batas.
Dia menggunakan cangkul untuk membuat batas.
Di kebun datuk ada sayur bayam, bendi dan kangkung.
Selain itu, ada juga sayur petola, kacang panjang dan terung.
Anas membantu datuknya menyiram sayur setiap hari.
Nenek Anas, Mak Jah pula membubuh baja pada sayur-sayur itu.
Sayur-sayuran itu hidup subur.
















Aktiviti : Murid membaca dengan lancar.
             Murid mencatat nama sayur, jenis daun.
             Murid mencatat nama sayur jenis buah.
             Menyatakan kegunaan alatan berkebun.

No comments:

Post a Comment