Thursday 18 April 2013

Mari membaca dan lakonkan

Berkelah di air terjun.

Ibu sedang sibuk menyediakan bekalan makanan untuk kami pergi berkelah.

Anas : Wah, banyaknya makanan yang ibu sediakan! Tentu lazat.

Ibu : Ya, Anas. Tolong ibu masukkan makanan ini ke dalam bakul.

Anas : Baiklah, ibu.

(Anas memasukkan makanan ke dalam bakul.)

Kakak : Kita hendak berkelah di mana, ayah?

Ayah : Kita akan berkelah di kawasan air terjun.

Ibu : Udara di sana segar dan nyaman.  Ada kawasan air yang cetek sesuai untuk kamu berdua mandi.

Kakak : Barang-barang yang hendak di bawa sudah kamu siapkan?

Anas : Sudah, kakak. Pakaian mandi dan pelampung sudah saya masukkan ke dalam kereta.

Ayah : Mari kita bertolak sekarang.















Aktiviti : Mencatat kosa kata baharu yang terdapat dalam dialog di atas.
             Membimbing murid mencari makna perkataan yang terdapat dalam petikan.
             Murid membina ayat berdasarkan perkataan yang disenaraikan.

2 comments:

  1. satu teks yang menarik dan sangat mudah difahami.. sekiranya murid mempunyai pengalaman masa lampau, mereka akan dapat menguasai semua penceritaan dan menceritakan semula pengalaman mereka... tahniah kak rosnah

    ReplyDelete
  2. Tahniah cigku.Blog ini amat membantu saya dalam aktiviti PdP saya khususnya bahagian bina ayat.10u.

    ReplyDelete