Berkelah di air terjun.
Ibu sedang sibuk menyediakan bekalan makanan untuk kami pergi berkelah.
Anas : Wah, banyaknya makanan yang ibu sediakan! Tentu lazat.
Ibu : Ya, Anas. Tolong ibu masukkan makanan ini ke dalam bakul.
Anas : Baiklah, ibu.
(Anas memasukkan makanan ke dalam bakul.)
Kakak : Kita hendak berkelah di mana, ayah?
Ayah : Kita akan berkelah di kawasan air terjun.
Ibu : Udara di sana segar dan nyaman. Ada kawasan air yang cetek sesuai untuk kamu berdua mandi.
Kakak : Barang-barang yang hendak di bawa sudah kamu siapkan?
Anas : Sudah, kakak. Pakaian mandi dan pelampung sudah saya masukkan ke dalam kereta.
Ayah : Mari kita bertolak sekarang.
Aktiviti : Mencatat kosa kata baharu yang terdapat dalam dialog di atas.
Membimbing murid mencari makna perkataan yang terdapat dalam petikan.
Murid membina ayat berdasarkan perkataan yang disenaraikan.
Thursday, 18 April 2013
Mari dengar dan ceritakan.
Kolam ikan keli datuk.
Semasa cuti sekolah, saya pulang ke kampung datuk. Datuk saya tinggal di Jasin, Melaka.
Datuk saya menternak ikan keli. Datuk ada tujuh buah kolam. Kolam ikannya terletak di belakang rumah.
Setiap pagi, saya mengikut datuk ke kolam ikan. Saya memberikan makanan kepada ikan. Saya juga membantu datuk membersihkan kolam ikan. Setiap hari, datuk menangkap ikan-ikan kelinya. Kemudian, saya membantu datuk menjual ikan di pasar tani.
Banyak orang membeli ikan keli datuk Saya sangat gembira kerana dapat membantu datuk. Di rumah, nenek saya membakar ikan keli. Ikan keli bakar ini sungguh sedap rasanya.
Aktiviti : Bercerita dengan ayat tunggal. Murid bercerita tentang pengalaman masa cuti mereka.
Sunday, 14 April 2013
Didik hibur mari menyanyi.
Pesan Ibu
Ayun-ayun tangan,
Sambil pegang bahu,
Waktu pergi taman,
Ingat pesan ibu.
Ayun-ayun tangan,
Jalan hentak kaki,
Waktu pergi taman,
Mesti hati-hati.
Ayun-ayun tangan,
Pusing kanan kiri,
Waktu pergi taman,
Pandai jaga diri.
Aktiviti : Menyanyi mengikut irama anak itik tok wi.
Perbincangan : Apa pesan ibu ?
Kata hubung.
Mari membaca.
Ketika pulang dari sekolah, Anas menegur Huda. Anas bertanya sama ada Huda pulang dengan menaiki bas atau berjalan kaki. Huda memberitahu Anas bahawa dia pulang berjalan kaki.
Biasanya, Huda pulang bersama-sama Ravin dan Devi tetapi hari ini Huda pulang seorang diri. Ravin dan Devi pulang lewat kerana ada latihan koir.
Huda sentiasa ingat aka pesan ibunya. Ibu meminta Huda berhati-hati semasa berjalan pulang.
Aktiviti : Membina ayat dengan kata hubung yang diberi.
Kata kerja
Mari membaca ternakan ayam kampung.
Datuk menternak ayam kampung. Ayam-ayam datuk semakim membiak. Datuk membina reban untuk ayam-ayamnya. Pada waktu malam, ayam-ayam datuk akan tidur di dalam reban. Pada waktu siang pula, ayam-ayam ini dilepaskan bebas.
Datuk memberi ayam-ayamnya makanan. Ayam-ayam ini makan dedak, nasi dan hampas kelapa. Selain itu, ayam-ayam ini juga mencari makanan sendiri seperti ulat, belalang dan cacing.
Datuk menjual ayam-ayamnya di pasar tani. Banyak orang membeli ayam kampung ini kerana dagingnya enak dan berkhasiat.
Aktiviti : Membina ayat berdasarkan kata kerja.
Mari bercerita buah buahan tempatan
Mengenal penjodoh bilangan.
seikat buah rambutan.
sebiji buah manggis.
seulas buah durian.
segugus anggur.
setandan pisang.
Aktiviti : bina ayat berdasarkan gambar yang diberi.
seikat buah rambutan.
sebiji buah manggis.
seulas buah durian.
segugus anggur.
setandan pisang.
Aktiviti : bina ayat berdasarkan gambar yang diberi.
Mari membina ayat.
Mengenal kelebihan buah pisang.
goreng pisang.
Jemput pisang.
lepat pisang.
pengat pisang.
kek pisang.
kerepek pisang.
goreng pisang.
Jemput pisang.
lepat pisang.
pengat pisang.
kek pisang.
kerepek pisang.
Aktiviti : Membina ayat dan bercerita.
Mari baca dan tulis.
Membuat jus belimbing.
memotong buah belimbing.
mengisar buah belimbing.
menapis buah belimbing ke dalam jag.
menuang jus belimbing ke dalam gelas untuk diminum.
Aktiviti : bercerita cara menyediakan jus buah berdasarkan gambar.
memotong buah belimbing.
mengisar buah belimbing.
menapis buah belimbing ke dalam jag.
menuang jus belimbing ke dalam gelas untuk diminum.
Kebun Datuk Anas
Mari bercerita.
Ini kebun sayur datuk Anas.
Datuk Anas, Pak Amin, sedang membuat batas.
Dia menggunakan cangkul untuk membuat batas.
Di kebun datuk ada sayur bayam, bendi dan kangkung.
Selain itu, ada juga sayur petola, kacang panjang dan terung.
Anas membantu datuknya menyiram sayur setiap hari.
Nenek Anas, Mak Jah pula membubuh baja pada sayur-sayur itu.
Sayur-sayuran itu hidup subur.
Aktiviti : Murid membaca dengan lancar.
Murid mencatat nama sayur, jenis daun.
Murid mencatat nama sayur jenis buah.
Menyatakan kegunaan alatan berkebun.
Ini kebun sayur datuk Anas.
Datuk Anas, Pak Amin, sedang membuat batas.
Dia menggunakan cangkul untuk membuat batas.
Di kebun datuk ada sayur bayam, bendi dan kangkung.
Selain itu, ada juga sayur petola, kacang panjang dan terung.
Anas membantu datuknya menyiram sayur setiap hari.
Nenek Anas, Mak Jah pula membubuh baja pada sayur-sayur itu.
Sayur-sayuran itu hidup subur.
Aktiviti : Murid membaca dengan lancar.
Murid mencatat nama sayur, jenis daun.
Murid mencatat nama sayur jenis buah.
Menyatakan kegunaan alatan berkebun.
Mari menulis frasa
Bermain layang-layang.
Anas dan Tawi hendak bermain layang-layang. Mereka tidak ada layang-layang. Oleh itu, bapa Tawi membantu mereka membuat layang-layang.
Pada suatu petang, mereka pun bermain layang-layang, mereka bermain layang-layang di padang sekolah. Kawasan padang itu lapang.
Angin bertiup dengan kencang. Layang-layang mereka naik tinggi. Mereka berasa sungguh gembira.
Anas dan Tawi hendak bermain layang-layang. Mereka tidak ada layang-layang. Oleh itu, bapa Tawi membantu mereka membuat layang-layang.
Pada suatu petang, mereka pun bermain layang-layang, mereka bermain layang-layang di padang sekolah. Kawasan padang itu lapang.
Angin bertiup dengan kencang. Layang-layang mereka naik tinggi. Mereka berasa sungguh gembira.
Aktiviti : Mencata frasa yang diberi.
Melukis gambar layang-layang.
mari membaca
Biodata diri saya.
Nama: Anas.
Umur: 7 tahun.
Tempat Tinggal: Taman Melati.
Hobi: Mengumpul poskad.
Cita-cita: Doktor.
Makanan Kegemaran: Karipap dan nasi ayam.
Minuman kegemaran: Air laici.
Warna kegemaran : warna biru.
permainan yang disukai: badminton, melukis.
Aktiviti : Murid bercerita berkaitan diri sendiri.
mengenal imbuhan awalan melalui pantun.
Rakan karib.
Daun padi daun sawi,
Anas menjadi rakan Tawi.
Daun ketapang daun pakis,
Waktu lapang Tawi melukis.
Daun mangga daun duku,
Anas pula membaca buku.
Daun langsat daun kasturi,
Anas melihat senyum sendiri.
Daun jambu daun lalang,
Suka membantu ringan tulang.
Daun padi daun sawi,
Anas menjadi rakan Tawi.
Daun ketapang daun pakis,
Waktu lapang Tawi melukis.
Daun mangga daun duku,
Anas pula membaca buku.
Daun langsat daun kasturi,
Anas melihat senyum sendiri.
Daun jambu daun lalang,
Suka membantu ringan tulang.
Aktiviti : Membaca perkataan berimbuhan awalan.
Membina ayat berdasar kata awalan yang diberi.
Monday, 8 April 2013
Mari Bercerita.
Kulit saya berwarna jingga.
Kepala saya ada mahkota.
Rasa saya manis dan masam.
Siapa saya ?
Kawan-kawan, siapa saya ?
Saya ada banyak rambut.
Warna saya merah.
Rasa saya manis.
Isi saya keras.
Badan saya berwarna hijau.
Rasa saya sedap.
Cuba teka siapa saya ?
Kenal saya ?
Badan saya ada banyak duri.
Rasa isi saya enak.
Saya digelar raja buah.
Aktiviti : Meneka teka-teki yang diberi.
Mencatat nama buah yang ditunjukkan.
Bercerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
Menyenaraikan nama buah-buahan yang diketahui.
Kepala saya ada mahkota.
Rasa saya manis dan masam.
Siapa saya ?
Kawan-kawan, siapa saya ?
Saya ada banyak rambut.
Warna saya merah.
Rasa saya manis.
Isi saya keras.
Badan saya berwarna hijau.
Rasa saya sedap.
Cuba teka siapa saya ?
Kenal saya ?
Badan saya ada banyak duri.
Rasa isi saya enak.
Saya digelar raja buah.
Aktiviti : Meneka teka-teki yang diberi.
Mencatat nama buah yang ditunjukkan.
Bercerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
Menyenaraikan nama buah-buahan yang diketahui.
Sunday, 7 April 2013
Mari Melawat Ke Zoo Negara
Mari Melawat ke Zoo Negara
Mengenal gambar haiwan.
1. Mo nyet
2. Ha ri mau
3. Ga jah
4. Si nga
5. Zi ra fah
6. Bu a ya
7. Ba dak
8. Ku ra-ku ra
9. Kan cil
10. Ru sa
Aktiviti: Menyebut suku kata akhir.
Membina ayat berdasarkan gambar haiwan.
Kenali Pekan Kita.
Mari Membaca Lancar
Menara Jam Condong terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak. Bangunan ini menarik kerana kelihatan condong.
Jika seseorang naik ke atas menara ini, dia akan dapat melihat sebatang sungai berhampiran Teluk Intan.
Aktiviti : Membaca dengan intonasi yang betul.
Bercerita mengenai tempat-tempat yang menarik.
Menyalin semula cerita tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)